5 Jenis Material Kabinet Dapur Wajib Tahu

kabinet dapur kelantan


Tahukah anda, hanya terdapat beberapa material digunakan membuat kabinet dapur yang wajib anda perlu tahu. Sudah pasti anda sudah memasang impian merealisasikan ruang dapur anda, pelbagai contoh design kabinet dapur yang anda boleh dapat daripada google dan facebook. Betul? Tapi, bagaimana pula dengan jenis material yang digunakan untuk dapur anda? Ramai yang tidak tahu material apa yang digunakan.

Sebelum mengenal 5 jenis material kabinet dapur, anda perlu mengambil kira faktor lain seperti :

+ ketahanan untuk jangka masa panjang
+ bagaimana terhadap ancaman air
+ kehadiran serangga perosak seperti anai-anai

Sebagai pengguna yang bijak, sudah tentu anda inginkan sesuatu yang berkualiti tinggi, harga yang mesra poket, dan paling penting mestilah cantik. Di sini kami senaraikan 5 material yang biasa digunakan dalam membuat kabinet dapur.

1. Papan Chip (Chipboard)


kabinet dapur kelantan
Chipboard atau papan melamine merupakan pilihan ekonomi dan murah kerana diperbuat daripada serpihan kayu yang kemudiannya dimampatkan dengan tekakan yang tinggi.

+ harga murah dan sesuai untuk jangka masa pendek sahaja
+ terdapat dalam pelbagai warna dan corak
+ sangat berat
+ tahap kelembapan tinggi boleh menyebabkan kayu mengembang
+ anti anai-anai

2. Block Board

kabinet dapur kelantan


Blockboard adalah papan solid yang disusun menjadi kepingan papan bersaiz 4' x 8'. Dengan ketebalan 18mm memberi ketahanan pada kabinet dapur. Berbeza dengan chipboard, papan ini lebih tahan dan boleh terdedah kepada kelembapan.

+ Kadar ketahanan yang tinggi
+ Harga sedikit mahal dan sesuai untuk jangka masa panjang
+ Ringan dan kuat
+ Risiko kehadiran anai-anai

3. Lightwood (Plywood 15mm)


kabinet dapur kelantan


Plywood ini sering juga digunakan oleh rata-rata tukang kabinet dapur kerana ringan dan sifatnya juga kukuh menjadikan salah satu material yang paling mudah diselenggarakan. Kebanyakan plywood juga digunakan untuk melakukan kerja renovasi rekaan dalaman (interior design).

+ Kadar ketahanan yang tinggi
+ Sesuai untuk jangka masa panjang
+ Ringan dan kuat
+ Risiko kehadiran anai-anai

4. Aluminium



Kehadiran kabinet dapur jenis aluminium berjaya menyelesaikan masalah ancaman air dan juga serangga perosak seperti anai-anai. Meskipun kabinet dapur aluminium ini memberikan kelebihan, namun kami kurang gemar oleh kerana beberapa faktor terutama sekali harga yang terlampau mahal.

5. Tabletop Konkrit

kabinet dapur kelantan

Konkrit adalah jalan terakhir bagi anda untuk menjimatkan lagi kos membuat kabinet dapur. Ini biasa dijumpai di rumah-rumah lama dan sekarang masih diberi perhatian kerana kuat/tahan lasak sesuai untuk aktiviti memasak yang berat. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, bergantung pada anda untuk menilai jenis material yang ditawarkan oleh kedai kabinet dapur. Sebaiknya elak lah penggunaan material yang murah supaya pelaburan anda sangatlah berbaloi. Penting untuk kita memilih material kabinet dengan teliti supaya ia sentiasa dalam keadaan baik, teratur dan tahan lama.

Dengan pemilihan yang tepat, ianya berbaloi dengan reka bentuk yang elegan, moden, dan berkualiti. Untuk lebih lanjut, anda boleh hubungi sales designer kami.

link facebook: facebook/akasiaconcept
link whatsapp: whatsapp/kabinetdapur

0 comments:

Post a Comment

My Instagram